Duluan kehakiman

Duluan kehakiman (bahasa Inggeris Stare decisis) (sebutan bahasa Latin: [ˈstareː ˈdekisis], sebutan bahasa Inggeris: [ˈstaːɹi dəˈsaɪsɪs], "untuk mengikut apa yang telah diputuskan") (lebih panjang, "stare decisis et non quieta movere") adalah satu perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa keputusan mahkamah yang dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes. Doktrin ini tidak diterima dalam bidang kuasa sistem perundangan sivil kerana ia dikatakan melanggar hak para hakim menafsir undang-undang dan hak legislatif membuat undang-undang. Kebanyakan sistem sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf konsep jurisprudence constante yang mengemukakan argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat keputusan, mereka haruslah membuat keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh demikian, hak para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes terpilih yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes.